Ketika saya bergelar pelajar Latihan Industri dan sedang menjalankan latihan industri , saya ditempatkan di Sapura Energy Berhad yang berlokasi di Seri Kembangan, Selangor. Saya ditempatkan di Bahagian Keselamatan,Kesihatan, dan Persekitaran (Health,Safety & Environment Department). Ini adalah disebabkan saya merupakan pelajar Diploma in Occupational Safety and Health. Tempoh untuk saya menyelesaikan latihan industri saya adalah selama enam bulan. Saya ditugaskan untuk menguruskan segala perihal dokumentasi kertas kerja berkenaan Keselamatan,Kesihatan, dan Persekitaran (Health,Safety & Environment). Sepanjang saya berada di tempat kerja tersebut, pelbagai perkara baru yang telah saya pelajari antaranya adalah cara-cara untuk membuat filing dengan betul dan tepat, membuat kertas kerja yang berformat menggunakan Microsoft Words dan juga dapat berpengalaman untuk menyertai mesyuarat tentang kes-kes berkaitan keselamatan dan kesihatan. Saya juga dapat mengaplikasikan semua perkara yang telah saya pelajari ketika di dalam kelas dahulu ke tempat kerja secara praktikal. Pengalaman tersebut sangat seronok dan amat bermakna bagi saya. Ia merupakan pengalaman bekerja saya yang pertama. Banyak nasihat dan tunjuk ajar telah saya dapat daripada penyelia dan rakan – rakan sekerja saya. Saya tidak keseorangan di situ kerana saya bertuah ada rakan sekelas saya yang melaksanakan latihan industri di tempat yang sama. Kami belajar banyak perkara baru dan dapat menyelesaikan segala masalah bersama-sama.
Kehidupan Zaman Belajar
Sejak saya menyambung pelajaran di peringkat diploma sehingga saya sudah berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, terlalu banyak perkara dan pengalaman baru yang sudah dan sedang saya alami. Ia mengajar saya erti kesabaran, ketabahan dan kekuatan serta berdikari. Sepanjang saya bergelar mahasiswi, saya menyedari bahawa diri saya banyak kekurangan dan daripada pengalaman tersebut, saya dapat memperbaiki kelemahan dan belajar perkara baru. Saya juga belajar bahawa saya tidak patut tertekan dengan perkara yang tidak dapat saya kawal. Saya belajar bahawa setiap orang mempunyai prinsip dan pegangan yang berlainan dan cara untuk mendekati setiap salah seorang daripada mereka adalah berbeza. Saya selalu berfikir bahawa kehidupan bekerja mungkin lagi mudah daripada kehidupan belajar tetapi hakikatnya, itu tidak benar. Ke mana sahaja kita pergi, kita akan sentiasa berhadapan dengan situasi yang sama kerana kehidupan kita tidak akan lari daripada masalah. Kehidupan bukan ertinya untuk kita berasa sedih dan tertekan dengan segala masalah yang ada tetapi Ia bererti bagaimana cara kita menangani masalah yang kita hadapi dan bagaimana cara kita bawa diri. Ianya semua bergantung terhadap diri kita sendiri.
About Myself
NURUL FARAHIN BINTI AHMADRIZA
Seorang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan dengan pantas dan cekap. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan mudah berinteraksi dengan orang sekeliling. Sentiasa memberi kerjasama yang baik dalam tugasan berkumpulan. Seorang yang bermotivasi dan sentiasa memandang positif terhadap semua perkara.
Berumur 22 tahun
Lahir pada 24 Disember 1997
Jantina : Perempuan
Agama : Islam
Kewarganegaraan : Malaysia
HUBUNGI
Nombor telefon: 013 – 3243449
Email : farahinfariz@gmail.com
PENDIDIKAN
2004 – 2009 : Sekolah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang, Selangor
UPSR : 4A, 1B
2010 – 2014 : Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang, Selangor
PMR : 7A, 1B
SPM : 3 A- , 1B+, 1B, 2C+, 2C
2015 – 2018 : Diploma in Occupational Safety and Health
Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
CGPA : 3.78
2018 – 2022 : Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
CGPA :
PENGALAMAN BEKERJA
Nama Syarikat : Sapura Energy Bhd.
Jawatan : Pelajar Latihan Industri di Sapura Subsea Services (SSS)
Tugasan:
KELEBIHAN
- Sangat komited untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna dan baik.
- Menepati masa.
- Suka bertanya jika tidak pasti akan sesuatu perkara.
- Berkemampuan untuk memberi kerjasama yang baik dalam kerja berkumpulan.
- Mudah mendekati dengan orang sekeliling
- Aktif dalam aktiviti kolej
KEMAHIRAN
Kemahiran komputer:
- Microsoft Word : 9/10
- Microsoft PowerPoint : 7/10
- Microsoft Excel : 6/10
Kemahiran Bahasa:
Bertutur :
- Bahasa Melayu : 9/10
- Bahasa Inggeris : 9/10
First Journey working in Organization
Joining a program in my second semester in my first year was a life-changing. My first program was National Urban Healthcare Carnival (NUHC) which was a mega program under college. I joined this program as to obtained new experience on how it feels like to work in an organization, how it is like to co-operate with people who I do not know. I went through a lot during the process to make this program a success. There are bad and good times along with it. Of course, I learnt a lot from many aspects. For example, how to deal with our teammates, with the organization members. This experience made me realize of my true strength and weakness. It made me realize “oh, this is how working environment would look like”. It made maturity and responsibility are two things that are crucial in myself. Thus, my communication and social skills have been improved from time to time. No words can describe how grateful I am for having this experience in my life. Ups and downs of matter are part of the journey, so at the end of the day, I guarantee you are going to be proud of yourself despite of any problems associated with it because you had the courage to challenge yourself to encounter problems and do things that are out of your comfort zone.