Ketika saya bergelar pelajar Latihan Industri dan sedang menjalankan latihan industri , saya ditempatkan di Sapura Energy Berhad yang berlokasi di Seri Kembangan, Selangor. Saya ditempatkan di Bahagian Keselamatan,Kesihatan, dan Persekitaran (Health,Safety & Environment Department). Ini adalah disebabkan saya merupakan pelajar Diploma in Occupational Safety and Health. Tempoh untuk saya menyelesaikan latihan industri saya adalah selama enam bulan. Saya ditugaskan untuk menguruskan segala perihal dokumentasi kertas kerja berkenaan Keselamatan,Kesihatan, dan Persekitaran (Health,Safety & Environment). Sepanjang saya berada di tempat kerja tersebut, pelbagai perkara baru yang telah saya pelajari antaranya adalah cara-cara untuk membuat filing dengan betul dan tepat, membuat kertas kerja yang berformat menggunakan Microsoft Words dan juga dapat berpengalaman untuk menyertai mesyuarat tentang kes-kes berkaitan keselamatan dan kesihatan. Saya juga dapat mengaplikasikan semua perkara yang telah saya pelajari ketika di dalam kelas dahulu ke tempat kerja secara praktikal. Pengalaman tersebut sangat seronok dan amat bermakna bagi saya. Ia merupakan pengalaman bekerja saya yang pertama. Banyak nasihat dan tunjuk ajar telah saya dapat daripada penyelia dan rakan – rakan sekerja saya. Saya tidak keseorangan di situ kerana saya bertuah ada rakan sekelas saya yang melaksanakan latihan industri di tempat yang sama. Kami belajar banyak perkara baru dan dapat menyelesaikan segala masalah bersama-sama.